Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share cara pemakaian contact lens dengan betul ye. 
Siap dengan video sekali.
Sesuai untuk yang first time guna contact lens.

MEH TENGOK!



*video credit to owner*

Haaaa dah tau kan macam mana nak pakai??
Jom lah beli dengan saya :D

Freshkon Contact Lens!

Sila PM nombor di bawah untuk HARGA!!

AMALINA (011-12345678)
YEE TAT (010-98765432)

Untuk melihat pilihan corak dan warna-warna menarik, sila ke web:
 http://www.freshkon.com/


Kami juga ada buat promosi uollsss, meh usha >>DI SINI<<






This is for academical purpose only, not to sale. 



  • Pemakaian contact lens yang tidak betul boleh memberi risiko kepada pemakai.
  • Kegatalan mata, mata bengkak, mata merah, dan luka pada kornea adalah antara kesan pada pemakai.
  • Bahkan, terdapat juga risiko BUTA pada pengguna contact lens.




Nak tahu macam mana nak pakai contact lens? Boleh lihat DI SINI.

Dengan Freshkon lens, anda akan merasai:

1) Kenikmatan mata tanpa iritasi
2) Lens dengan pelbagai warna dan corak
3) Mata tampak besar dan menawan

>> Jenama ini menjadi pilihan kebanyakan pengguna contact lens dan juga diiktiraf oleh optometris. 


Banyak testimoni positif pasal Freshkon Lens ni, boleh lihat dibawah.






Bagi mereka yang ada masalah mata yang serious silalah rujuk pada Pakar Optic anda sebelum menggunakan Contact Lens sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau takde masalah mata pun bagus je kalau pergi rujuk optometris. 


===================================



Berminat?
Sila PM nombor di bawah untuk HARGA!!

AMALINA (011-12345678)
YEE TAT (010-98765432)

Untuk melihat pilihan corak dan warna-warna menarik, sila ke web:
 http://www.freshkon.com/


This is for academical purpose only, not to sale. 
Assalamualaikum dan Salam Ramadan uolls :D


Hai korang, dah hujung-hujung Ramadan ni weh. Macam mana puasa korang cukup tak? kekekeke
Baiklah itu jawab sendiri ye. Mari terus proceed kepada tajuk.


Untuk mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang guna pinjaman PTPTN ni, mesti setiap sem ada shortage kan bila dah hujung-hujung. Asyik makan Maggi je nak jimat. Kesian korang. Tak pe lah aku nak kongsi tips jimat yang boleh korang ikut atau korang ubah ikut kesesuaian korang.

Disclaimer : AMARAN! Ini tips yang aku amalkan ye, mungkin berbeza dengan korang. Untuk pengetahuan korang, aku belajar di UKM, berbekalkan duit belanja yang 100% daripada PTPTN (tanpa minta parents). Aku dapat pinjaman penuh which is I got RM3500 (kot) per semester. Aku tidak berkenderaan, tidak melanggan perkhidmatan internet, cuma reload prepaid sahaja untuk phone.

Tips ini aku explain dengan berharap konsep penjimatan berganda aku ini dapat digarap untuk perbelanjaan korang yang mungkin berbeza dengan aku. Sebarang kerugian aku tak tanggung. Heeee...

Jadi, meh aku terangkan macam mana aku berjimat.



 #1 - Anggarkan belanja sebulan anda. Contoh RM300 (mungkin lebih untuk yg berkenderaan)

 #2 - Withdraw sekali gus belanja sebulan simpan dalam locker anda. Resit bank simpan & rekod dalam buku (Kalau rajin). - Ini elakkan anda kerap keluarkan duit dari ATM machine yang akan mencaras RM0.50 (Bank Islam) anda setiap kali anda pilih untuk keluarkan resit transaksi. Dan untuk elakkan sifat perasan anda rasa-duit-banyak-lagi-tapi-sebenarnya-dah-nak-habis.


Yes, ini buku rekod belanja aku. Siap stepler lagi resit ATM hahahahahahh.... Organize nye aku.


 #3 - Duit yang berbaki dalam bank tu siap-siap allocate kan untuk bayar yuran pengajian/kolej. Bayar ASAP. Jangan tangguh-tangguh sampai kau miskin hujung bulan. Kalau tak padan muka tak dapat jawab exam.

 #4 - Divide duit belanja sebulan yang dah kat tangan tadi tu kepada 4 kategori (mungkin lebih) :

Makan = RM180 (6 ringgit sehari x 30 hari) - aku makan sikit je hehehe
Topup = RM30 sebulan
Minyak kereta/motor = RM?? sebulan - ikut korang
Others = Baki selebihnya - buat berjimba, shopping baju, bayar yuran kelab, beli buku, beli tiket bas etc.
 #5 - Limitkan sehari belanja makan berapa ringgit. - Macam kiraan aku tapi, sebab perut aku kecik dan tak makan banyak, aku belanja RM6 sehari (RM3 lunch & dinner). Tapi ada je aku makan lebih limit tapi aku akan tak makan lunch (or puasa) pada hari lain. Pandai-pandai lah nak hidup nak. 

 #6 - Buat finance planning sebelum nak keluar berjimba. Tak de terlebih belanja. Contoh :

Kereta sewa & Minyak = RM50
Makan = RM50 - okey nak makan sedap sikit 
Shopping shawl = RM20 
Wayang = RM15
 Total = RM135 (tak boleh lebih!!) - my discipline!
Ini division belanjan aku dalam sebulan. Ade buat kira-kira sikit sebelum divide heeee... 


 #7 - Biar awal semester jimat sikit, dah akhir semester boleh lah treat diri sendiri after final exam etc.

Ye wahai kawan-kawan, ni jenis aku. Aku akan menahan nafsu daripada keluar di awal bulan supaya aku boleh treat diri aku hujung-hujung bulan (mostly lepas final exam) dengan sekali keluar aku habis RM200. Hahahaha. Tapi ikut korang lah. 
 #8 - Kembali kpd tujuan asal duit-duit anda. Kalau anda bekerja semasa cuti sem, utamakan duit anda nak berjalan-jalan tu dengan duit gaji anda. Dan utamakan duit pinjaman pelajaran untuk keperluan pengajian anda. - Boleh beza sendiri kot. Since aku state "utamakan" , tak semestinya tak guna langsung. Contoh kalau aku tak kerja part-time, nak berjimba jugak, pakai je lah duit yang ada. Tapi berpada-pada lah, kita peminjam je bukan terima gaji. Portion keperluan pengajian dengan keperluan berjimba be like 3:1 atau 2:1. 

 #9 - Berusaha untuk tak mintak duit kat parents. - Alhamdulilah, setekat 4 sem berada di UKM, tak pernah mintak ayah duit belanja untuk keperluan pengajian. Biar aku meminjam asal tak susahkan ayah (ayah je yang pencari rezeki dalam keluarga aku). Tapi kalau dah terdesak nak buat camna kan. Sekali-sekala, duit yang kita ada tu rajin-rajinlah belanja family makan KFC family bucket ke. Bersedekah kat family dulu :D

 #10 - Bersedekah. Ini aku pun kadang-kadang lupa nak buat. Aduh. Tak dinafikan hikmah disebalik sedekah ni kan kawan.

 #11 - Working as part-timer. Ni optional ye. Mak aku galakkan aku untuk cari kerja part-time cuti-cuti sem. So, boleh topup duit PTPTN yang aku ada. Ada je classmates yang rajin bekerja semasa belajar sebab UKM ni banyak offer part-time untuk students.


Akhir kata, aku nak tegaskan sekali lagi. Semua tips ini akan menjadi kalau DISIPLIN ye. Dari zaman mahasiswa lagi boleh latih diri jimat berbelanja, tak de lah zaman fresh graduate nanti orang label boros hahahaha (Ok tu lain citer hehehe).

TESTIMONI : Setelah melakukan tips diatas ini, aku akan ada lebih atau sama dengan RM1500 dalam akaun bank selepas tamat satu-satu semester. Then, tak de lah nak segan-segan nak mintak duit kat mak ayah bila nak keluar cuti-cuti sem sebab ada duit sendiri hehehehehe.....


Thanks for reading. Salam Ramadan.

Cute icon  from here.





Assalam uolls.


Gila tak gila, lama kot aku tak update blog ni. Tapi niat nak kembali aktif lagi. InsyaAllah.
Sepanjang 2014/2016 ni, banyak benda berlaku kat aku.

Benda yang paling baik sekali, aku dapat sambung degree di UKM gais!
It was actually my first choice in UPU. Haha

From previous posts, I stated that I was a former student in Foundation of Science, UiTM Puncak Alam. Yeah, I studied Biology, Chemistry, Physics and Maths. But I decided to change my field during degree.

Banyak betul influence untuk ambil kos apa kat degree. But aku pilih untuk pursue dalam apa yang aku minat. I was really damned!! in Physics & Chemistry so I didnt want to take them anymore. Maths, syukurlah survive jugak. Biology, my favourite, yeay I really excellent in this back then.

Tapi aku kene consider minat aku yang lain, yup aku minat Computer Science & Coding. Hahahah, I love challenge you guys! Akhirnya, aku decide untuk pursue field Computer Science.

Kaji punya kaji punya kaji, aku tertarik dengan kos yang UKM tawarkan which are Software Engineering (Information System) and also Software Engineering (Multimedia System). Lastly, I put SE(IS) pada pilihan pertama. And yeah, that makes me here right now!


Want to find out more about my faculty courses ? See here.



Depan bangunan fakulti - during our faculty bonding time

My lovely classmates (First year)

My lovely classmates (Second year)


First year - Part 1 

I nearly survived. Maybe sbb baru nak adapt kot. Coding pada sem ini saya belajar C++. But latest syllabus, first year required to learn Java pulak. Math discreet was really tough, but I love statistic, I know what I capable of!

Pointer : 3.48

First year - Part 2

Sem ni memang aku azam kuat gila nak dapat pointer bagus. Haha study hard kot! Tapi kadang-kadang ada silap kita kat mana-mana dengan Allah, sampai Allah uji kita the way we never expect.
Waktu final exam, Paper Prinsip Sistem Maklumat, 8.30 morning, aku tak dapat jawabbbbbb!!! Sebab aku tertidur. Nangisssss!! Burn! Tapi aku tak de teruk sangat. Carry mark aku 30 something, tak de lah gagal terus nak. Tapi apa yang mengecewakan adalah ini :


That D was really sad. 

Tapi alhamdulilah untuk subjek lain. Syukur ada benda yang boleh buat mak ayah aku suka tengok result aku. That As berderet.

Pointer : 3.45 (PNGS 3.42)

Second year - Part 1


Bermotivasikan sem lepas, aku pun nak buat terbaik untuk sem ini. This year, aku dah start exposed pasal Software Engineering!

Basically, Software Engineering 5(4 untuk belajar) tahap :

Waterfall model (SDLC)
Untuk this course, sem ni aku belajar stage pertama (Requirement). And juga dapat ambil & menduduki exam Certified Professional Requirement Engineering - Foundation Level (sijil ini boleh guna waktu kerja & diiktiraf international - nak keje luar negara pun boleh). Alhamdulilah, aku lulus exam tu dan dapat sijil tu & certified! Next stage, akan diajar pada sem seterusnya. Slow2 dulu lah ek.

Dan yang menggembirakan aku lagi semester ini, aku berjaya naikkan pointer aku. Dan pointer semasa aku beyond I expected, 3.80. Tak penah2 aku dapat macam ni. Alhamdulilah syukur sgt2. Rezeki mak ayah untuk tengok anaknya berjaya. Pointer kumulatif pun meningkat!

Pointer : 3.58 (PNGS 3.80)


Second year - Part 2

Sekarang aku berada pada semester ini. Tengah final exam. Sem ini agak mencabar jugak sebenarnya. Banyak benda aku blur, banyak betul dugaan datang. Laptop rosak, phone rosak. Nasib baik ada ayah tolong & duit PT (aku guna waktu terdesak okeh beli phone - and turn up every sem aku ada lebih RM1500 untuk dibawa ke sem depan so that's really enough for a RM500 phone).

Jadi aku harap sangat sem ni - despite of those challenges & obstacles - aku survive dan mampu gembirakan mak ayah. Aminn..


Additional :

Zaman universiti ni, sesuai sangat untuk jadi aktif kokurikulum & berorganisasi. InsyaAllah apa yang kita apply dalam koku & event organization berguna untuk kerja nanti. Jadi aku pun merajinkan diri menjadi antara barisan wakil fakulti aku sebagai Exco ICT dan Media (yang menyebarkan maklumat-maklumat tentang fakulti kepada pelajar & vice versa). Alhamdulilah, walaupun banyak cabaran, tapi dapat kenal dengan kawan2 satu organisasi dan dapat belajar something new.

Aku jugak ahli kelab Mobile Apps Development. Banyak juga belajar cara buat apps dari coach & insyaAllah, I will submit my name for next mobile apps competition. :D


Baiklah itu saja entri saya. Thanks for reading.
Salam Ramadan :D