Saturday, November 9, 2013

Medic untuk aku ?

Assalamualaikum

Hye, hari ni aku nak sambung update lagi. Boring giler kot cuti ni tak ade buat ape. 

Aku malas nak merapu lebih-lebih, so aku nak huraikan tajuk kat atas ni. Cewah kau macam buat karangan. 

Medic untuk aku ? 
Ye aku sangat tertanya-tanya.
Sebab aku sekaranh tercari-cari bidang untuk aku ceburi degree nanti. 

Masa aku kat sekolah dulu, bidang medic ni memang paling aku tak suka dan tak terlintas langsung nak jadi. Sama juga macam bidang engineering. 
Aku anggap bidang ni terlalu mainstream, semua orang nak, macam tak ade bidang lain. 
Berebut-rebut orang nak jadi ape sangat lah best bidang ni. 
Pengaruh kawan ke ? Gaji tinggi ke ? Nak fame ke ?
(Aku emosi ea, hahah) 

Tapi bila aku dah grow up ni, 
aku mula accept bidang engineering ni, maybe sebab fame kot. 
Aku mula bercita-cita nak jadi kejuruteraan kimia sebab berkaitan dengan kimia kononnya. 
Btw, aku ialah orang Biologi, aku sangat low dalam Mathematics & Physics.
Mampu ke aku buat engineering ni ? 

Untuk SPM 2012, aku dapat keputusan 9A2B. 
Yang B tu Add Math & Physics. 
Aku try lah apply JPA, kejuruteraan Korea, konon nak buat engineering kat Korea lah.
Mase tu aku fanatik sikit dengan K-Pop ni, nak sangat lah pergi Korea,
dah apply JPA aku tak tengok lagi ea MARA. 
Uniten aku apply, Petronas aku dah tolak awal2 sebab die nak A+ je. 
Keluar result JPA untuk interview, aku TAK BERJAYA. 

Ok fine, dengan requirement scholarship tu tak cukup. Memang tak dapatlah.
Mase tu aku dah down gile, mula lah nak regret pehal tak apply MARA. 

Untuk UPU pulak, 
Pilihan pertama aku Asasi Kejuruteraan UiTM, Pilihan kedua aku Asasi Sains UiTM.
Mase ni aku nak sangat Asasi Kejuruteraan tu. 
Keluar2 result UPU, ok aku down sikit sebab dapat Asasi Sains UiTM. 
Sedih gileeeeeeee, dah lah JPA tak dapat, Asasi pun tak dapat.
Pada masa yang sama, aku dapat Matrikulasi Banting, Selangor. Sains.
Aku dengar citer Matrik leh tukar Modul.
So aku decide nak masuk Matrik dan kalau aku tak dapat Modul 2, aku nak tukar ke Modul 2 (core Physics la). Konon nak jadi engineer.

Then, bila ada orang nasihatkan aku masuk Asasi Sains UiTM, aku pun masuk lah.
Bile pikir balik rugi kot tak masuk Asasi, orang lain nak aku pulak tolak.
Then, aku masuk lah dan berharap nak score bebetul kat Physics, Chemistry, Math. 
Mase tu Biology aku tak nampak dah. 

Sejak aku masuk Asasi Sains ni, aku mula dok pikir, betul ke aku nak amik engineering ? 
And the same time, aku pikir jugak pasal medic. Kali ni tak de bende pengaruh aku.
Aku macam terbuka hati untuk terima Medic yang sebelum ni aku caci maki. (Macam nak terima pakwe lak ea).
Lagi pun aku excellent dalam Biology.
Based on result Sem 1, Biology aku dapat A. Math aku A-. Chem & Physics B.
Dan cuti ni, aku mula dok survey pasal medic yang IPTS.
Pasal nak buat medic kat IPTA macam dah tak de harapan je pasal result kene 4flat an.
So, aku mula accept medic ni.
Tak aku masih dalam tak berape nak sure. 
Tunggu lah Sem 2 nanti camne.
Btw, lagi 2 minggu je cuti aku. 

Aku harap lah, aku buat keputusan dengan bijak ye. 
Dan mengharapkan Sem 2 ni lebih baik. :D 

Wednesday, November 6, 2013

Aku pelajar asasi UiTM 2013/2014. (Recap - Sem 1)

Assalamualaikum, hai.
Hehe dah lame kot tak update blog ni. Lebih 5 bulan kot menghilang.
According to my previous entries, aku dapat dua tawaran belajar iaitu Matrik Banting, Selangor dan Asasi Sains UiTM Puncak Alam, Selangor.


Selangor saja. Hewhewhew.

Then, atas nasihat, aku pilih Asasi Sains UiTM.
So, entry ni cume untuk recap balik ape yang telah berlaku dalam satu sem ni.

1. Aku daftar pada 2 Jun 2013. Aku dan semua siswi mulakan program orientasi (Minggu Destini Siswa - MDS). Pukul 12 tengah hari aku gerak dari rumah sedara dari Petaling Jaya, pukul 2 lebih baru aku daftar, bapak sesak gile dalam campus.

2. Roomate aku orang Perak, heeee. She's very nice. And my house, tingkat 8 okeh.

3. 3 Jun 2012, siswa pula yang daftar. Kami siswi cuma menjalani MDS seperti biase selama 4 hari.

4. Sehari sebelum kuliah, Pusat Asasi minta semua pelajar Asasi rujuk di fakulti tentang penempatan dalam kelas & jadual kelas. Aku dimasukkan dalam Group A10 bersama 34 orang pelajar asasi lain.

5. Kuliah kami yang pertama, Biology, satu kelas tak tak datang. Haha. Sume sebab pertukaran jadual yang tiba-tiba.

6. Asal balik kelas, bende yang akan aku kene hadap ialah tangga kejayaan Palam. Hem, semakin nak habis sem, semakin bijak kami gune lift yang ade kat PSB tu. Haha

7. Makanan kat Rafflesia sume ok lah. And berat aku naik kot.

8. Aku volunteer jadi Ketua Aras kat blok n automatik jadi Biro dalam Majlis Pewakilan Blok, nak gebang eh.

9. Aku banyak tido.

10. Hanya 5 orang budak sekolah yang masuk Asasi UiTM.

11. Test 1 aku, Physics aku gagal T T, dan Test 2 aku pun same jugak.

12. Puasa kat Palam, tak terasa aku puasa, sebab hari2 biase pabila petang baru aku jumpe nasi.

13. Semakin nak habis sem, semakin aku suke dok lepak kat Raff, dan balik nak dekat2 pukol 12.

14. Kat palam, aku pun jadi cameraman tau. Untuk video Biology kami.

15. Aku suke nasi pattaya kat Cafe Rafflesia, so sedap.

16. Disebabkan Biology ade kuiz tetiap minggu, maka aku excellent dalam subjek tu.

17. Miss Azaima remember my name, Eldania, sebab aku suke volunteer nak buat jalan kerja chemistry kat whiteboard dalam kelas tutorial. But, die dah tak mengajar lagi.

18. Aku suke pegi Setia City Mall, tempat lepak budak2 Palam.

19. Disebabkan nak buat assigment Biology (Ecology), aku terpaksa ambil teksi dari Klang Sentral ke Bukit Cerakah.

20. Aku suke mengelamun kat kolam Palam belakang FSK 6 tu. Haha, sekali je pun penah pegi.

21. Semakin nak habis sem, aku suke memanfaatkan perkhidmatan dobi kat Tingkat 1.

22. Mase Test 1, group aku same dewan dengan budak2 engine.

24. Dalam chemistry, aku suke stoichiometry.

25. Sejak masuk asasi, aku sering terfikir pasal medic untuk degree. Salah satu subjek paling tak suke.

26. Gempak kat group asasi palam pasal pocong kat blok R3.

27. Aku suke tido awal dan berharap akan dapat bangun awal seawal pukul 2, tapi pukul 4 saja mampu.

28. Berbulan jugak lah baru aku balik Melaka.

29. Duit kpt aku sekarang tinggal 100 lebih. T T

30. Alhamdulilah, carry marks untuk semua subjek 30lebih/50. Yang paling tinggi Biology.

31. Aku tahu betapa seksanya rabun, sejak belajar asasi ni. Aku rabun silau. Power 50.

32. Aku tak ramai crush kat palam. Haha.

33. Aku kat Palam, dikenali sebagai Dania. Cume bile budak sekolah lame panggil Nia, dorang mula terikut-ikut.

34. I found that study kat luar, lagi ok dari study dalam bilik. Kat bilik aku tend to sleep more. Lain orang lain cara kan.

35. Aku ada macam2 baju dalam locker. Setiap minggu, lain2 baju.

36. Roomate aku rajin mengemas bilik, rumah, aku je malas,

37. Aku lebih memilih burger dari coolblog kat Palam. Biasalah oelajar, bukan hartawan.

38. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu dipijak sekarang aku rebel.

39. Group kami tak buat trip kelas lagi.

40. Pertama kali dalam hidup, budak2 laki lebih pandai dari perempuan. Unbeatable.

41. Alhamdulilah, berkat usaha. Aku berjaya menyambung Sem 2 dengan membawa PNGK 3.29. Sedih tak capai target, insyaAllah sem 2 aku buat betul2. Sem 1 ni amik mood dulu. Haha.


Okeh, tu je la mampu dicerita. Banyak lagi, tapi type kat tab ni buat aku sakit hati. Hehe.