Hai korang, dah hujung-hujung Ramadan ni weh. Macam mana puasa korang cukup tak? kekekeke
Baiklah itu jawab sendiri ye. Mari terus proceed kepada tajuk.
Untuk mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang guna pinjaman PTPTN ni, mesti setiap sem ada shortage kan bila dah hujung-hujung. Asyik makan Maggi je nak jimat. Kesian korang. Tak pe lah aku nak kongsi tips jimat yang boleh korang ikut atau korang ubah ikut kesesuaian korang.
Disclaimer : AMARAN! Ini tips yang aku amalkan ye, mungkin berbeza dengan korang. Untuk pengetahuan korang, aku belajar di UKM, berbekalkan duit belanja yang 100% daripada PTPTN (tanpa minta parents). Aku dapat pinjaman penuh which is I got RM3500 (kot) per semester. Aku tidak berkenderaan, tidak melanggan perkhidmatan internet, cuma reload prepaid sahaja untuk phone.
Tips ini aku explain dengan berharap konsep penjimatan berganda aku ini dapat digarap untuk perbelanjaan korang yang mungkin berbeza dengan aku. Sebarang kerugian aku tak tanggung. Heeee...
Jadi, meh aku terangkan macam mana aku berjimat.


![]() |
Yes, ini buku rekod belanja aku. Siap stepler lagi resit ATM hahahahahahh.... Organize nye aku. |


Makan = RM180 (6 ringgit sehari x 30 hari) - aku makan sikit je hehehe
Topup = RM30 sebulan
Minyak kereta/motor = RM?? sebulan - ikut korang
Others = Baki selebihnya - buat berjimba, shopping baju, bayar yuran kelab, beli buku, beli tiket bas etc.


Kereta sewa & Minyak = RM50
Makan = RM50 - okey nak makan sedap sikit
Shopping shawl = RM20
Wayang = RM15
Total = RM135 (tak boleh lebih!!) - my discipline!
![]() |
Ini division belanjan aku dalam sebulan. Ade buat kira-kira sikit sebelum divide heeee... |

Ye wahai kawan-kawan, ni jenis aku. Aku akan menahan nafsu daripada keluar di awal bulan supaya aku boleh treat diri aku hujung-hujung bulan (mostly lepas final exam) dengan sekali keluar aku habis RM200. Hahahaha. Tapi ikut korang lah.




Akhir kata, aku nak tegaskan sekali lagi. Semua tips ini akan menjadi kalau DISIPLIN ye. Dari zaman mahasiswa lagi boleh latih diri jimat berbelanja, tak de lah zaman fresh graduate nanti orang label boros hahahaha (Ok tu lain citer hehehe).
TESTIMONI : Setelah melakukan tips diatas ini, aku akan ada lebih atau sama dengan RM1500 dalam akaun bank selepas tamat satu-satu semester. Then, tak de lah nak segan-segan nak mintak duit kat mak ayah bila nak keluar cuti-cuti sem sebab ada duit sendiri hehehehehe.....
Thanks for reading. Salam Ramadan.
Cute icon
