- Pemakaian contact lens yang tidak betul boleh memberi risiko kepada pemakai.
- Kegatalan mata, mata bengkak, mata merah, dan luka pada kornea adalah antara kesan pada pemakai.
- Bahkan, terdapat juga risiko BUTA pada pengguna contact lens.
Hai korang, dah hujung-hujung Ramadan ni weh. Macam mana puasa korang cukup tak? kekekeke
Baiklah itu jawab sendiri ye. Mari terus proceed kepada tajuk.
Untuk mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang guna pinjaman PTPTN ni, mesti setiap sem ada shortage kan bila dah hujung-hujung. Asyik makan Maggi je nak jimat. Kesian korang. Tak pe lah aku nak kongsi tips jimat yang boleh korang ikut atau korang ubah ikut kesesuaian korang.
Disclaimer : AMARAN! Ini tips yang aku amalkan ye, mungkin berbeza dengan korang. Untuk pengetahuan korang, aku belajar di UKM, berbekalkan duit belanja yang 100% daripada PTPTN (tanpa minta parents). Aku dapat pinjaman penuh which is I got RM3500 (kot) per semester. Aku tidak berkenderaan, tidak melanggan perkhidmatan internet, cuma reload prepaid sahaja untuk phone.
Tips ini aku explain dengan berharap konsep penjimatan berganda aku ini dapat digarap untuk perbelanjaan korang yang mungkin berbeza dengan aku. Sebarang kerugian aku tak tanggung. Heeee...
Jadi, meh aku terangkan macam mana aku berjimat.
#1 - Anggarkan belanja sebulan anda. Contoh RM300 (mungkin lebih untuk yg berkenderaan)
#2 - Withdraw sekali gus belanja sebulan simpan dalam locker anda. Resit bank simpan & rekod dalam buku (Kalau rajin). - Ini elakkan anda kerap keluarkan duit dari ATM machine yang akan mencaras RM0.50 (Bank Islam) anda setiap kali anda pilih untuk keluarkan resit transaksi. Dan untuk elakkan sifat perasan anda rasa-duit-banyak-lagi-tapi-sebenarnya-dah-nak-habis.![]() |
| Yes, ini buku rekod belanja aku. Siap stepler lagi resit ATM hahahahahahh.... Organize nye aku. |
#3 - Duit yang berbaki dalam bank tu siap-siap allocate kan untuk bayar yuran pengajian/kolej. Bayar ASAP. Jangan tangguh-tangguh sampai kau miskin hujung bulan. Kalau tak padan muka tak dapat jawab exam.
#4 - Divide duit belanja sebulan yang dah kat tangan tadi tu kepada 4 kategori (mungkin lebih) :Makan = RM180 (6 ringgit sehari x 30 hari) - aku makan sikit je hehehe
Topup = RM30 sebulan
Minyak kereta/motor = RM?? sebulan - ikut korang
Others = Baki selebihnya - buat berjimba, shopping baju, bayar yuran kelab, beli buku, beli tiket bas etc.
#5 - Limitkan sehari belanja makan berapa ringgit. - Macam kiraan aku tapi, sebab perut aku kecik dan tak makan banyak, aku belanja RM6 sehari (RM3 lunch & dinner). Tapi ada je aku makan lebih limit tapi aku akan tak makan lunch (or puasa) pada hari lain. Pandai-pandai lah nak hidup nak.
#6 - Buat finance planning sebelum nak keluar berjimba. Tak de terlebih belanja. Contoh :Kereta sewa & Minyak = RM50
Makan = RM50 - okey nak makan sedap sikit
Shopping shawl = RM20
Wayang = RM15
Total = RM135 (tak boleh lebih!!) - my discipline!
![]() |
| Ini division belanjan aku dalam sebulan. Ade buat kira-kira sikit sebelum divide heeee... |
#7 - Biar awal semester jimat sikit, dah akhir semester boleh lah treat diri sendiri after final exam etc.Ye wahai kawan-kawan, ni jenis aku. Aku akan menahan nafsu daripada keluar di awal bulan supaya aku boleh treat diri aku hujung-hujung bulan (mostly lepas final exam) dengan sekali keluar aku habis RM200. Hahahaha. Tapi ikut korang lah.
#8 - Kembali kpd tujuan asal duit-duit anda. Kalau anda bekerja semasa cuti sem, utamakan duit anda nak berjalan-jalan tu dengan duit gaji anda. Dan utamakan duit pinjaman pelajaran untuk keperluan pengajian anda. - Boleh beza sendiri kot. Since aku state "utamakan" , tak semestinya tak guna langsung. Contoh kalau aku tak kerja part-time, nak berjimba jugak, pakai je lah duit yang ada. Tapi berpada-pada lah, kita peminjam je bukan terima gaji. Portion keperluan pengajian dengan keperluan berjimba be like 3:1 atau 2:1.
#9 - Berusaha untuk tak mintak duit kat parents. - Alhamdulilah, setekat 4 sem berada di UKM, tak pernah mintak ayah duit belanja untuk keperluan pengajian. Biar aku meminjam asal tak susahkan ayah (ayah je yang pencari rezeki dalam keluarga aku). Tapi kalau dah terdesak nak buat camna kan. Sekali-sekala, duit yang kita ada tu rajin-rajinlah belanja family makan KFC family bucket ke. Bersedekah kat family dulu :D
#10 - Bersedekah. Ini aku pun kadang-kadang lupa nak buat. Aduh. Tak dinafikan hikmah disebalik sedekah ni kan kawan.
#11 - Working as part-timer. Ni optional ye. Mak aku galakkan aku untuk cari kerja part-time cuti-cuti sem. So, boleh topup duit PTPTN yang aku ada. Ada je classmates yang rajin bekerja semasa belajar sebab UKM ni banyak offer part-time untuk students.Akhir kata, aku nak tegaskan sekali lagi. Semua tips ini akan menjadi kalau DISIPLIN ye. Dari zaman mahasiswa lagi boleh latih diri jimat berbelanja, tak de lah zaman fresh graduate nanti orang label boros hahahaha (Ok tu lain citer hehehe).
TESTIMONI : Setelah melakukan tips diatas ini, aku akan ada lebih atau sama dengan RM1500 dalam akaun bank selepas tamat satu-satu semester. Then, tak de lah nak segan-segan nak mintak duit kat mak ayah bila nak keluar cuti-cuti sem sebab ada duit sendiri hehehehehe.....
Thanks for reading. Salam Ramadan.
Cute icon
from here.Assalam uolls.
Gila tak gila, lama kot aku tak update blog ni. Tapi niat nak kembali aktif lagi. InsyaAllah.
Sepanjang 2014/2016 ni, banyak benda berlaku kat aku.
Benda yang paling baik sekali, aku dapat sambung degree di UKM gais!
It was actually my first choice in UPU. Haha
From previous posts, I stated that I was a former student in Foundation of Science, UiTM Puncak Alam. Yeah, I studied Biology, Chemistry, Physics and Maths. But I decided to change my field during degree.
Banyak betul influence untuk ambil kos apa kat degree. But aku pilih untuk pursue dalam apa yang aku minat. I was really damned!! in Physics & Chemistry so I didnt want to take them anymore. Maths, syukurlah survive jugak. Biology, my favourite, yeay I really excellent in this back then.
Tapi aku kene consider minat aku yang lain, yup aku minat Computer Science & Coding. Hahahah, I love challenge you guys! Akhirnya, aku decide untuk pursue field Computer Science.
Kaji punya kaji punya kaji, aku tertarik dengan kos yang UKM tawarkan which are Software Engineering (Information System) and also Software Engineering (Multimedia System). Lastly, I put SE(IS) pada pilihan pertama. And yeah, that makes me here right now!
Want to find out more about my faculty courses ? See here.
![]() |
| Depan bangunan fakulti - during our faculty bonding time |
![]() |
| My lovely classmates (First year) |
![]() |
| My lovely classmates (Second year) |
First year - Part 1
I nearly survived. Maybe sbb baru nak adapt kot. Coding pada sem ini saya belajar C++. But latest syllabus, first year required to learn Java pulak. Math discreet was really tough, but I love statistic, I know what I capable of!
Pointer : 3.48
First year - Part 2
Sem ni memang aku azam kuat gila nak dapat pointer bagus. Haha study hard kot! Tapi kadang-kadang ada silap kita kat mana-mana dengan Allah, sampai Allah uji kita the way we never expect.
Waktu final exam, Paper Prinsip Sistem Maklumat, 8.30 morning, aku tak dapat jawabbbbbb!!! Sebab aku tertidur. Nangisssss!! Burn! Tapi aku tak de teruk sangat. Carry mark aku 30 something, tak de lah gagal terus nak. Tapi apa yang mengecewakan adalah ini :
![]() |
| That D was really sad. |
Pointer : 3.45 (PNGS 3.42)
Second year - Part 1
Bermotivasikan sem lepas, aku pun nak buat terbaik untuk sem ini. This year, aku dah start exposed pasal Software Engineering!
Basically, Software Engineering 5(4 untuk belajar) tahap :
![]() |
| Waterfall model (SDLC) |
Dan yang menggembirakan aku lagi semester ini, aku berjaya naikkan pointer aku. Dan pointer semasa aku beyond I expected, 3.80. Tak penah2 aku dapat macam ni. Alhamdulilah syukur sgt2. Rezeki mak ayah untuk tengok anaknya berjaya. Pointer kumulatif pun meningkat!
Pointer : 3.58 (PNGS 3.80)
Second year - Part 2
Sekarang aku berada pada semester ini. Tengah final exam. Sem ini agak mencabar jugak sebenarnya. Banyak benda aku blur, banyak betul dugaan datang. Laptop rosak, phone rosak. Nasib baik ada ayah tolong & duit PT (aku guna waktu terdesak okeh beli phone - and turn up every sem aku ada lebih RM1500 untuk dibawa ke sem depan so that's really enough for a RM500 phone).
Jadi aku harap sangat sem ni - despite of those challenges & obstacles - aku survive dan mampu gembirakan mak ayah. Aminn..
Additional :
Zaman universiti ni, sesuai sangat untuk jadi aktif kokurikulum & berorganisasi. InsyaAllah apa yang kita apply dalam koku & event organization berguna untuk kerja nanti. Jadi aku pun merajinkan diri menjadi antara barisan wakil fakulti aku sebagai Exco ICT dan Media (yang menyebarkan maklumat-maklumat tentang fakulti kepada pelajar & vice versa). Alhamdulilah, walaupun banyak cabaran, tapi dapat kenal dengan kawan2 satu organisasi dan dapat belajar something new.
Aku jugak ahli kelab Mobile Apps Development. Banyak juga belajar cara buat apps dari coach & insyaAllah, I will submit my name for next mobile apps competition. :D
Baiklah itu saja entri saya. Thanks for reading.
Salam Ramadan :D
Assalamualaikum, fair-and-beauty-face seeker.
Okey, aku nak kongsikan produk yang sangat berkesan untuk hilangkan bekas jerawat.
Alhamdulilah aku dikurniakan muka yang sukar untuk jerawat timbul, timbul pun sebulan sekali, haha.
Jadi aku ni benci la jerawat, jadi aku suka picit sampai berdarah, berparut.
Aku pun benci parut ni, so aku pun try la guna sabun pencuci muka yang mak aku selalu pakai (kongsi dengan mak aku haha). Alhamdulilah, dalam beberapa minggu dah nampak perubahan kalau konsisten pakai.
Well, aku cuci muka dua kali saja.
Waktu mandi pagi dan petang.
Aku tak rajin cuci muka sebelum tidur. Haha
Banyak parut jerawat dah aku hilangkan sehingga tak ade kesan hitam langsung.
Dan untung pengetahuan korang aku hanya guna satu produk sahaja, tak pakai satu set ea. Aku just guna sabun ni je. Tapi kalau guna set mungkin lagi bagus.
Okey, ni lah sabun aku pakai.
Assalamualaikum.
YY asasi finally ends.
Last Thursday i've answered the last paper of final exam - CTU.
Then, Friday i've date with him and Saturday Icity with my family.
Eventually Sunday I'm home - Melaka of course.
Hah, now I really miss my foundation life.
My roommate, housemates, classmates, friends, lecturers, my special one.
I miss the picturesque of UiTM Puncak Alam.
I miss the food.
I miss the "tangga maut".
I miss the elevator.
I miss classes/lectures.
I miss everything.
Now i'm at home waiting for the result for the 2nd semester.
Degree life of course.
Hah here some pics i gonna show ya.
Right now, I'm only waiting for the Chem/Physics Test on Monday dan Final Exam on the next two weeks.
Btw, this is my first entry for 2014. Pathetically, abandoned this blogger for about 3 months I think.
But within the 3 months, so many things happened to me. And I'll consider them as my remarkable memories. Yey!
Oh, yeay! I'm already 19. Puff. I can getting married. Haha
But that's not what I want to tell here.
I just wanna share some pictures of my classmates and I during this foundation studies.
Only one year. Yeahhh one yearrrrr!!!
After this foundation, I will miss all of them. :( Sad
Yey, this is my classmates. A10-ers.
Gonna miss them all.
Hehe dah lame kot tak update blog ni. Lebih 5 bulan kot menghilang.
According to my previous entries, aku dapat dua tawaran belajar iaitu Matrik Banting, Selangor dan Asasi Sains UiTM Puncak Alam, Selangor.
Selangor saja. Hewhewhew.
Then, atas nasihat, aku pilih Asasi Sains UiTM.
So, entry ni cume untuk recap balik ape yang telah berlaku dalam satu sem ni.
1. Aku daftar pada 2 Jun 2013. Aku dan semua siswi mulakan program orientasi (Minggu Destini Siswa - MDS). Pukul 12 tengah hari aku gerak dari rumah sedara dari Petaling Jaya, pukul 2 lebih baru aku daftar, bapak sesak gile dalam campus.
2. Roomate aku orang Perak, heeee. She's very nice. And my house, tingkat 8 okeh.
3. 3 Jun 2012, siswa pula yang daftar. Kami siswi cuma menjalani MDS seperti biase selama 4 hari.
4. Sehari sebelum kuliah, Pusat Asasi minta semua pelajar Asasi rujuk di fakulti tentang penempatan dalam kelas & jadual kelas. Aku dimasukkan dalam Group A10 bersama 34 orang pelajar asasi lain.
5. Kuliah kami yang pertama, Biology, satu kelas tak tak datang. Haha. Sume sebab pertukaran jadual yang tiba-tiba.
6. Asal balik kelas, bende yang akan aku kene hadap ialah tangga kejayaan Palam. Hem, semakin nak habis sem, semakin bijak kami gune lift yang ade kat PSB tu. Haha
7. Makanan kat Rafflesia sume ok lah. And berat aku naik kot.
8. Aku volunteer jadi Ketua Aras kat blok n automatik jadi Biro dalam Majlis Pewakilan Blok, nak gebang eh.
9. Aku banyak tido.
10. Hanya 5 orang budak sekolah yang masuk Asasi UiTM.
11. Test 1 aku, Physics aku gagal T T, dan Test 2 aku pun same jugak.
12. Puasa kat Palam, tak terasa aku puasa, sebab hari2 biase pabila petang baru aku jumpe nasi.
13. Semakin nak habis sem, semakin aku suke dok lepak kat Raff, dan balik nak dekat2 pukol 12.
14. Kat palam, aku pun jadi cameraman tau. Untuk video Biology kami.
15. Aku suke nasi pattaya kat Cafe Rafflesia, so sedap.
16. Disebabkan Biology ade kuiz tetiap minggu, maka aku excellent dalam subjek tu.
17. Miss Azaima remember my name, Eldania, sebab aku suke volunteer nak buat jalan kerja chemistry kat whiteboard dalam kelas tutorial. But, die dah tak mengajar lagi.
18. Aku suke pegi Setia City Mall, tempat lepak budak2 Palam.
19. Disebabkan nak buat assigment Biology (Ecology), aku terpaksa ambil teksi dari Klang Sentral ke Bukit Cerakah.
20. Aku suke mengelamun kat kolam Palam belakang FSK 6 tu. Haha, sekali je pun penah pegi.
21. Semakin nak habis sem, aku suke memanfaatkan perkhidmatan dobi kat Tingkat 1.
22. Mase Test 1, group aku same dewan dengan budak2 engine.
24. Dalam chemistry, aku suke stoichiometry.
25. Sejak masuk asasi, aku sering terfikir pasal medic untuk degree. Salah satu subjek paling tak suke.
26. Gempak kat group asasi palam pasal pocong kat blok R3.
27. Aku suke tido awal dan berharap akan dapat bangun awal seawal pukul 2, tapi pukul 4 saja mampu.
28. Berbulan jugak lah baru aku balik Melaka.
29. Duit kpt aku sekarang tinggal 100 lebih. T T
30. Alhamdulilah, carry marks untuk semua subjek 30lebih/50. Yang paling tinggi Biology.
31. Aku tahu betapa seksanya rabun, sejak belajar asasi ni. Aku rabun silau. Power 50.
32. Aku tak ramai crush kat palam. Haha.
33. Aku kat Palam, dikenali sebagai Dania. Cume bile budak sekolah lame panggil Nia, dorang mula terikut-ikut.
34. I found that study kat luar, lagi ok dari study dalam bilik. Kat bilik aku tend to sleep more. Lain orang lain cara kan.
35. Aku ada macam2 baju dalam locker. Setiap minggu, lain2 baju.
36. Roomate aku rajin mengemas bilik, rumah, aku je malas,
37. Aku lebih memilih burger dari coolblog kat Palam. Biasalah oelajar, bukan hartawan.
38. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu dipijak sekarang aku rebel.
39. Group kami tak buat trip kelas lagi.
40. Pertama kali dalam hidup, budak2 laki lebih pandai dari perempuan. Unbeatable.
41. Alhamdulilah, berkat usaha. Aku berjaya menyambung Sem 2 dengan membawa PNGK 3.29. Sedih tak capai target, insyaAllah sem 2 aku buat betul2. Sem 1 ni amik mood dulu. Haha.
Okeh, tu je la mampu dicerita. Banyak lagi, tapi type kat tab ni buat aku sakit hati. Hehe.
- Follow blog NabeelStories.com.
- Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
- Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
- Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja
Harap segmen ni mendapat sambutan.
Tanggal 17 Mei 2013, keputusan UPU pun dah keluar.
Semua excited menunggu pukul 12 tengah hari untuk semak UPU masing2.
Alhamdulilah aku dapat Asasi Sains UiTM.
Pada mulanya aku rase down sikit sebab aku tak dapat Asasi Kejuruteraan UiTM, aku nak belajar Sains Komputer (mungkin akan proceed degree dlm course ini).
Then, aku amik keputusan pilih masuk matrik untuk amik modul 2.
Esoknya, apabila dinasihatkan oleh senior Asasi Sains & orang2 lain (Mungkin ni petunjuk yg Allah nak beri). Maka aku amik keputusan untuk amik Asasi Sains UiTM.
Lagipun rugi jugak tak amik Asasi Sains kt situ. Orang lain nak, aku pulak tolak.
Peluang lagi cerah insyaAllah.
Dan aku mmg target nak masuk UiTM pun.
Cuma aku kene belajar & konsisten saje. 4 flat insyaAllah.
Aku akan daftar 2 Jun nanti.
Semoga aku dapat kawan-kawan yang baik macam kawan-kawan yang aku ade sekarang.
Yang amat sedih, CUTI DAH NAK HABIS :( I'll miss my home so much.
p/s : Aku akan amik Biology jugak lah ye even tak nak (padahal Biology lah subjek favourite aku time SPM dulu)
Tanggal 25 April 2013, aku telah mendapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Selangor untuk tahun 2013/2014.
Alhamdulilah syukur.
Pada mulanya, website moe.gov.my tu sesak sangat. Aku ni boleh pulak tangguh nak check sampai lah crowded gile.
Website tu pon asyik problem je, sebab ramai sangat yang nak check.
Member aku yang kat twitter mula bising pasal tak dapat check.
Then, ade sorang member twitter bagi link untuk check. So kerja pun menjadi senang & member lain pun try check gune link tu.
Maka keputusannya aku dapat tawaran belajar di KMS bersama sorang lagi member aku. Hehe
Tapi budak sekolah aku ramai yang dapat Matrik Perak. Jauh gitew.
![]() |
| Pilihan kedua aku. Matrik Selangor. |
Akhirnya dapat jugak aku sambung belajar.
Nanti kalau aku masuk sini, aku mungkin pilih Modul 2 untuk Kursus Sains, yeah, aku nak belajar Sains Komputer tak pun jadi Engineer.
Aku masih tunggu keputusan UPU.
Pilihan pertama aku Asasi Kejuruteraan UiTM, mintak2 dapatlah.
So, baru boleh buat pilihan nak masuk mana.
p/s : Ade sape2 dapat KMS jugak? Kenalkan diri, hewhewhew.
Hye semua ^_^
Sejak aku dah teror memasak ni, semua aku nak buat (resepi).
Tapi aku lebih kepada masakan western manakala mak aku lebih kepada masakan tempatan.
Dah makan-makan resepi aku buat sos lada hitam (ikut resepi Google)
Ada yang kene letak sos tiram, sos cili, sos tomato, segala sos bagai mane aku nak carik.
Tepung jagung, susu segar bagai.
Sume itu mungkin nak sedapkan rasa or entahlahh.
| Ni nama die Gravy (Google) |
Disebabkan kemalasan nak membeli segala barang yang rumit tersebut.
Maka aku dapat idea nak try resepi baru gravy aku.
Simple, dan masih mengekalkan rasa gravy chicken chop di restoran.
Here we go !
Bahan-bahan :
1. Bawang merah - sebiji
2. Minyak - untuk menumis bawang
3. Stok ayam / Kuib ayam - satu saja
4. Lada hitam (yang sudah ditumbuk halus) - 1-2 sudu besar
5. Kicap - untuk tambah kegelapan pada gravy (aku prefer yang masin sebab tak perlu lagi letak garam)
6. Tepung jagung/ tepung ubi kayu
7. Air
Cara-cara :
1. Bawang merah dicincang dan tumiskan jika periuk dah panas - bersama minyak.
2. Campurkan tepung bersama air (gaulkan bersama ke dalam satu mangkuk).
3. Campuran itu dituangkan ke dalam kuali selepas bawang garing.
4. Masukkan kuib ayam dan cairkanya ke dalam periuk.
5. Masukkan lada hitam & kicap.
6. Biarkan mendidih.
7. Jika kurang pekat, campurkan lagi dengan tepung + air.
Then, siap.
Try la, alang2 dah ada sos, buat la chicken chop. Hee.
Hye.
Di sini aku sebagai seorang pelajar lepasan SPM sangat gembira nak bercerita tentang pengalaman aku. (Tu pun kalau ada orang nak baca).
Sebenarnya, apa yang aku buat lepas SPM ni cuma duduk rumah saja.
Yeah, inilah cuti. Kate cuti, cuti lah.
Mengganti segala hari rehat aku dua tahun lepas dan mungkin aku menggantikan sekali hari rehat aku yang akan datang.
Oh, even aku rasa bosan, tapi aku manfaatkan giler2 lah cuti ni. (Kecuali kelas memandu)
Masakan kawan-kawan yang lain sibuk bekerja, aku hanya duduk di rumah.
Sebelum habis SPM, aku bersama seorang kawan aku sibuk berbincang tentang kerja lepas SPM.
Namun, aku dan dia dua-dua jadi ahli geng tak keluar rumah.
Kawan kami hanyalah internet, TV, kerja rumah.
Duduk rumah pun jangan fikir aku tak buat apa-apa!!
Aku masih melakukan sesuatu berguna untuk diri aku.
Contohnya :
- Baca buku.
- Kolej Poly-tech Mara (Diploma in Computer Science, KPTM Cheras, KL)
- Kolej Professional Mara (Foundation & Higher National Diploma [FHND] in Computing [Software Development], KPM Beranang)
![]() |
| My new sister, she was born on Dec 26th 2012. :) Dia membesar dengan sihat. Eryna |
![]() |
| This is me and my lovely sister, the day that she was born at Hospital Besar Melaka. |
![]() |
| My Twitter, cool tak? (Anda cool kalau anda follow : https://twitter.com/imthesoloEL |
![]() |
| Design yang ada pada header tu, aku buat sendiri. Pic ni diprintscreen ketika sedang photoshop header ni. CS3 je. |
![]() |
| Hasilnya, memberangsangkan. Aku patut jana pendapatan untuk ini. Nak tengok banyak lagi koleksi photoshop aku ? Pergi sini : http://mawwadahsuci.blogspot.com/p/sho-pinks-photoshop-collection.html |
Enjoy ye tengok pic di atas ni.
Coin building ni menggunakan duit syiling hasil jualan ais pop oleh my mom. Tahun lepas kami dah kumpul sampai RM 800, Wow ! Untuk setengah tahun ini dah berjaya kumpul sebanyak nilai di atas. Usaha keras seorang suri rumah.
...*°*..§|ă……______ă……|§..*°*...
Dah lama tak update~
Dapat update yang ringkas saja via email. Senang sikit.
Tak lupa kepada Ping Busuk & Gua Blog sebab buatkan blog ni bernyawa. Thanks!
SPM is around the corner !
5 November - 6 December 2012
Wish me luck !
Itu saja drpd aku. Bye!
It's cool to subscribe this : http://youtube.com/hanadania13


























