Showing posts with label mudah. Show all posts
Showing posts with label mudah. Show all posts

Assalamualaikum, fair-and-beauty-face seeker.

Okey, aku nak kongsikan produk yang sangat berkesan untuk hilangkan bekas jerawat.

Alhamdulilah aku dikurniakan muka yang sukar untuk jerawat timbul, timbul pun sebulan sekali, haha.
Jadi aku ni benci la jerawat, jadi aku suka picit sampai berdarah, berparut.
Aku pun benci parut ni, so aku pun try la guna sabun pencuci muka yang mak aku selalu pakai (kongsi dengan mak aku haha). Alhamdulilah, dalam beberapa minggu dah nampak perubahan kalau konsisten pakai.

Well, aku cuci muka dua kali saja.
Waktu mandi pagi dan petang.
Aku tak rajin cuci muka sebelum tidur. Haha

Banyak parut jerawat dah aku hilangkan sehingga tak ade kesan hitam langsung.

Dan untung pengetahuan korang aku hanya guna satu produk sahaja, tak pakai satu set ea. Aku just guna sabun ni je. Tapi kalau guna set mungkin lagi bagus.

Okey, ni lah sabun aku pakai.

Assalamualaikum.
Hye semua ^_^

Sejak aku dah teror memasak ni, semua aku nak buat (resepi).
Tapi aku lebih kepada masakan western manakala mak aku lebih kepada masakan tempatan.

Dah makan-makan resepi aku buat sos lada hitam (ikut resepi Google)
Ada yang kene letak sos tiram, sos cili, sos tomato, segala sos bagai mane aku nak carik.
Tepung jagung, susu segar bagai.
Sume itu mungkin nak sedapkan rasa or entahlahh.

Ni nama die Gravy (Google)


Disebabkan kemalasan nak membeli segala barang yang rumit tersebut.
Maka aku dapat idea nak try resepi baru gravy aku.
Simple, dan masih mengekalkan rasa gravy chicken chop di restoran.

Here we go !

Bahan-bahan :

1. Bawang merah - sebiji
2. Minyak - untuk menumis bawang
3. Stok ayam / Kuib ayam - satu saja
4. Lada hitam (yang sudah ditumbuk halus) - 1-2 sudu besar
5. Kicap - untuk tambah kegelapan pada gravy (aku prefer yang masin sebab tak perlu lagi letak garam)
6. Tepung jagung/ tepung ubi kayu
7. Air

Cara-cara :

1. Bawang merah dicincang dan tumiskan jika periuk dah panas - bersama minyak.
2. Campurkan tepung bersama air (gaulkan bersama ke dalam satu mangkuk).
3. Campuran itu dituangkan ke dalam kuali selepas bawang garing.
4. Masukkan kuib ayam dan cairkanya ke dalam periuk.
5. Masukkan lada hitam & kicap.
6. Biarkan mendidih.
7. Jika kurang pekat, campurkan lagi dengan tepung + air.

Then, siap.
Try la, alang2 dah ada sos, buat la chicken chop. Hee.