Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.
Assalamualaikum.
Tanggal 17 Mei 2013, keputusan UPU pun dah keluar.
Semua excited menunggu pukul 12 tengah hari untuk semak UPU masing2.

Alhamdulilah aku dapat Asasi Sains UiTM.
Pada mulanya aku rase down sikit sebab aku tak dapat Asasi Kejuruteraan UiTM, aku nak belajar Sains Komputer (mungkin akan proceed degree dlm course ini).
Then, aku amik keputusan pilih masuk matrik untuk amik modul 2.

Esoknya, apabila dinasihatkan oleh senior Asasi Sains & orang2 lain (Mungkin ni petunjuk yg Allah nak beri). Maka aku amik keputusan untuk amik Asasi Sains UiTM.

Lagipun rugi jugak tak amik Asasi Sains kt situ. Orang lain nak, aku pulak tolak.
Peluang lagi cerah insyaAllah.
Dan aku mmg target nak masuk UiTM pun.
Cuma aku kene belajar & konsisten saje. 4 flat insyaAllah.

Aku akan daftar 2 Jun nanti.
Semoga aku dapat kawan-kawan yang baik macam kawan-kawan yang aku ade sekarang.
Yang amat sedih, CUTI DAH NAK HABIS :( I'll miss my home so much.



p/s : Aku akan amik Biology jugak lah ye even tak nak (padahal Biology lah subjek favourite aku time SPM dulu)


Assalamualaikum warahmatullah.

Tanggal 25 April 2013, aku telah mendapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Selangor untuk tahun 2013/2014.
Alhamdulilah syukur.

Pada mulanya, website moe.gov.my tu sesak sangat. Aku ni boleh pulak tangguh nak check sampai lah crowded gile.
Website tu pon asyik problem je, sebab ramai sangat yang nak check.
Member aku yang kat twitter mula bising pasal tak dapat check.

Then, ade sorang member twitter bagi link untuk check. So kerja pun menjadi senang & member lain pun try check gune link tu.

Maka keputusannya aku dapat tawaran belajar di KMS bersama sorang lagi member aku. Hehe
Tapi budak sekolah aku ramai yang dapat Matrik Perak. Jauh gitew.


Pilihan kedua aku.  Matrik Selangor.

Heee,
Akhirnya dapat jugak aku sambung belajar.
Nanti kalau aku masuk sini, aku mungkin pilih Modul 2 untuk Kursus Sains, yeah, aku nak belajar Sains Komputer tak pun jadi Engineer.

Aku masih tunggu keputusan UPU.
Pilihan pertama aku Asasi Kejuruteraan UiTM, mintak2 dapatlah.
So, baru boleh buat pilihan nak masuk mana.

p/s : Ade sape2 dapat KMS jugak? Kenalkan diri, hewhewhew.
Assalamualaikum.
Hye semua ^_^

Sejak aku dah teror memasak ni, semua aku nak buat (resepi).
Tapi aku lebih kepada masakan western manakala mak aku lebih kepada masakan tempatan.

Dah makan-makan resepi aku buat sos lada hitam (ikut resepi Google)
Ada yang kene letak sos tiram, sos cili, sos tomato, segala sos bagai mane aku nak carik.
Tepung jagung, susu segar bagai.
Sume itu mungkin nak sedapkan rasa or entahlahh.

Ni nama die Gravy (Google)


Disebabkan kemalasan nak membeli segala barang yang rumit tersebut.
Maka aku dapat idea nak try resepi baru gravy aku.
Simple, dan masih mengekalkan rasa gravy chicken chop di restoran.

Here we go !

Bahan-bahan :

1. Bawang merah - sebiji
2. Minyak - untuk menumis bawang
3. Stok ayam / Kuib ayam - satu saja
4. Lada hitam (yang sudah ditumbuk halus) - 1-2 sudu besar
5. Kicap - untuk tambah kegelapan pada gravy (aku prefer yang masin sebab tak perlu lagi letak garam)
6. Tepung jagung/ tepung ubi kayu
7. Air

Cara-cara :

1. Bawang merah dicincang dan tumiskan jika periuk dah panas - bersama minyak.
2. Campurkan tepung bersama air (gaulkan bersama ke dalam satu mangkuk).
3. Campuran itu dituangkan ke dalam kuali selepas bawang garing.
4. Masukkan kuib ayam dan cairkanya ke dalam periuk.
5. Masukkan lada hitam & kicap.
6. Biarkan mendidih.
7. Jika kurang pekat, campurkan lagi dengan tepung + air.

Then, siap.
Try la, alang2 dah ada sos, buat la chicken chop. Hee.