smpai pening pon ade gak..
aku sure kowg un penah alami mcm aku an? tak sah belajar tak ngntuk...
tp tgok la potensi seseorang pelajar tu mcm mana dye melawan mengantuk ni..
Lagipun, agak rugi kalau kite tertinggal pelajaran sewaktu sedang tidur di dalam kelas.
Haha! Kenape kite tak ngntuk lak depan laptop? Depan PS2 (version lame kot, aku mane main mende ni) kowg?
Sebab-sebab mengantuk dalam kelas :
Tidur Tak Cukup
Hemm..tu pasal mak kite ckp "Nak, tidur2 esok nak sekolah" tapi kite abaikan. Tidur malam sangat penting untuk memberikan kecergasan pada hari esok. Bagi pelajar, tak perlulah kite stay-up sampai pukul 1 atau 2 pagi lalu esok nak bangun susah. Kite ni belajar2 jugak, tapi belajar la dengan cara yang betul dan sistematik. Tapi ada jugak yang stay-up buat bende lain - chatting la, main game la dan segala aktiviti yang membuang masa. Sebaiknya, kite perlu la mewujudkan jadual belajar yang sistematik. Daripada stay-up malam2 (sebelum tidur) baik kite bangun untuk Qiamulail (selepas tidur). Tak rugi bgun untuk ini. Cuma ambil masa 1 jam untuk Qiamulail lepas tu bole la kite ulangkaji pelajaran. Kan bagus!
p/s: Qiamulail adalah kekuatan bagi orang Islam. Rahsia kejayaan tentera Islam dahulu kerana mereka sentiasa melakukan Qiamulail. Begitu juga dengan berpuasa.
Terlebih Tidur
Huh! ni satu masalah jugak. Kite harus tidur selama 6-8 jam di waktu malam utk mendapatkan tidur yg mencukupi. Selain itu, amalan tidur selama 30 minit semasa tengahari (selepas Zohor) dpt menyegarkan badan dan meningkatkan produktiviti. Menurut kajian, jika amalan ini dilakukan secara rutin, ini dapat mengurangkan masalah risiko sakit jantung. Seterusnya, jangan la tidur selepas Subuh atau waktu petang - tak bagus! Tidur berlebihan juga bole menjadikan kite agak lembap atau malas di samping boleh memeningkan kepala. Tak caya pegi cuba!
Badan Letih
Mungkin satu hari suntuk kite melakukan aktiviti yg memenatkan dan pada keesokannya kene sekolah or kelas. Huh! mesti meletihkan. Pada masa ini la hati memberontak, nak ke tak nak pegi ni. Contohnya, apabila menyertai aktiviti kokurikulum secara berlebihan di sekolah pada sebelah petang. Sertai saje secara ala kadar. Pelajaran pun penting jugak.Sebagai pelajar, pastikan kita mempunyai masa yang cukup dan sentiasa segar setiap hari dan tidak kelesuan. Huh! Bersedia sentiasa!!!
p/s : Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang.
Tak Minat Untuk Belajar
Banyak faktor yang mendorong seseorang pelajar untuk tidak minat dlm belajar. Antaranya faktor guru, markah yang rendah dan sbgainya. Namun, masalah ni boleh kita tangani dgn mengenal pasti potensi diri.
Oleh itu, minat dalam belajar akan timbul dan kite akan seronok di dalam kelas. Jika kite bosan dlm kelas, dah tentu membuta dlm kelas. Ataupun subjek tu susah! Lagi la. Tanganilah masalah ini sedikit demi sedikit.
Hemm... ce tgok! Ular sawa kalau kenyang mesti tido! Haishhh.. jgn jd ular sawa ni! makan tido makan tido.. Kalau kite mkn bnyk, perut kite ni menggunakan tenaga yg banyak untuk menghadam makanan yg kite makan td. So, ini juga bole membuatkan kite mngantuk..
p/s : Berhentilah makan sebelum kenyang~
Tempat Tidur Tak Kondusif
Huh! Jangan lah tidur kat tempat2 yg bising atau tempat yg membuatkan kite tak selesa nak tidur. Nanti drpd kite ngntuk, jd x ngntuk. Susah tu! Haihh... Tidur la dalam keadaan gelap, ini akan membantu kite untuk lebih senang tidur.
Mengambil Bahan Peransang Seperti Minuman Berkafein
Kite pun sudah sedia maklum. Jangan minum minuman ini sebelum tidur. Minuman berkafein dapat menahan kite drpd tidur. Lain la kalau nak bawak kereta ke. Susah nak tido nanti. Hehe..nak2 yang kopi hitam tu. Cool je!
********************************************
Cara Mengatasinya
- Minum air sedikit jika mengantuk.
- Tidur sekejap. (Apabila tiada guru dlm kelas)
- Berdiri.
- Membuat catatan.
- Membuat sedikit senaman.
- Menyelak halaman buku.
- Menumpukan perhatian kepada guru. (Menggunakan kesemua deria)
- Membuat sedikit latihan.
- Membaca tajuk atau melihat gambaran rajah atau yang sama dengannya.
- Cuba mengingat fakta-fakta.
- Kerap bersuara. (Bertanya guru)
- Jangan hanya menumpukan pada buku atau kertas kertas latihan yang sama, pelbagaikan rujukan. (Ketika membuat tugasan.)
- Duduk di bahagian hadapan.
- Menyertai atau membuat setiap tugasan daripada guru ketika proses P&P.
Belajarlah dengan senyuman bukan dengan mata mengantuk! |
1 comments:
banyak yang saya dapat lepas baca ni. haha Insya-Allah saya akan buat
Post a Comment