Apa Yang Tidak Perlu Untuk Menghuni Di Asrama

by 10:00:00 AM 2 comments
Photobucket




Hye ! Tetiba aku rajin nak bagi tips ni :)
Khas untuk budak-budak skolah mcm aku ni~
Well, nak habis pon.
Tak salah aku kongsi-kongsi, since aku ade pengalaman setahun menghuni asrama :-|
Masa tu nerd lagi, homesick ~ Biase la.
 
RM1000 Over Here!

RM1000, pts baucer, wow, duit, money

Setahun tinggal situ, amat mematangkan aku (eceh!)
Suka duka. Akhirnya yg aku rapat budak-budak batch aku je :-|
Wokeh2~ proceed.

Apa Yang Tidak Perlu Untuk Menghuni Di Asrama


  • Alat Elektronik : Ada sesetengah sklh la, MP3/MP4 dibenarkan. Tapi, kebanyakannye tak boleh. 'Benda Haram' yang tak boleh lepas ag oleh remaja-remaja di luar sane, Handphone ofcos. Silap-silap kene rampas jer. Ade yg nak bawak dgn alasan 'pandai la aku kaber (cover)'.*Hye, saya ada handphone* Lebih baik tak payah la bawak. Gune public phone yg sedia ada. Kalau bole heret bende tu msuk dlm dorm :) *Barang elektronik kegunaan sklh sperti kalkulator atau kamus elektronik kene jaga baik-baik tau. Pastikan berada ditempat selamat & jangan tinggal kat sklh.
  • Rokok, Dadah etc. : Bende-bende ni pon korang tau kan tak bole. Jangan tanye lagi kenapa.
  • Alat Solek : Biase la bile dah meningkat remaja , personaliti pon mahu dijaga :) Misalnye kat asrama tu ade ape-ape function, nak jugak cantik-cantik kan. Tapi tak perlu lah bawak sebakul alat solek dari rumah. Silap-silap pergi sklh pon nak bermekap-mekap. "Pergi sklh bukan nak carik pakwe" Cuma bawa sikit-sikit je ikut keperluan. Bedak, minyak wangi, deodorant, krim muka. Lipstik-lipstik tak perlu lah yerk.
  • Pakaian banyak-banyak : Baju sklah pon tak perlu ikut list sangat. Bawak 2-3 pasang je. Seminggu tukar baju 2 kali. Baju satu lagi untuk spare. Korang tak akan mengadu baju tak cukup kalau korang rajin basuh, sidai & iron. Baju-baju basahan pulak ikut pada pakaian korang seminggu di rumah. Kalau korang rasa baju ada yang terlebih @ tidak terpakai, masa balik wajib terus kurang kan baju dan tinggalkan di rumah. Tak ada la sebu locker korang tu. Pakaian formal seperti baju kurung, baju melayu, T-shirt/kemeja asrama sangat penting untuk korang bawa. *Tak perlu wujudkan bakul baju-baju kotor & susun baju-baju dengan teratur di dalam locker.
  •  Alat muzik : Nowaday, budak-budak skrg lebih cenderung untuk berhibur dgn alat muzik. Biasalah, untuk menghiburkan hati & menjadi bakal-bakal penyanyi. Tapi, mungkin ada asrama yang tidak membenarkan alat muzik di bawa ke asrama. Mungkin ada yang benarkan, misalnya memang sekolah tu ada ajar pendidikan muzik. Ada yang niatnya untuk menunjuk je kat kawan-kawan *Hye, saya ada gitar*. Pendapat aku, tak perlu lah bawa alat muzik korang tu kecuali memang untuk kegunaan skolah. Selain melibatkan penggunaan ruang dlm dorm, alat muzik jauh dari konsep pembelajaran di asrama, ye tak? 
  • Barang kemas & duit berkepuk-kepuk : Tak perlu la nak bawak barang kemas korang untuk tatapan penghuni asrama lain dengan niat *Hye, saya ada emas kat kaki* serta duit sampai RM50 - RM100 tu. Mana tahu ada yang panjang tangan, dah kene curi. Nak report kat warden? Of course warden malas nak layan. Yelah, dah tahu risiko nak kene curik tinggi, bawak lagi. So, simpan aje di rumah. Gayakan saja di rumah waktu Hari Raya :)Duit tu pulak, tinggalkan di rumah atau minta warden menjaga duit tersebut.
Setakat ni je la yang aku rasa tips "Tidak Perlu" ni.
Harap aku dapat bagi maklumat berguna :)
Sekarang baru minggu pertama sklah 2012. Usually, time balik wajib utk penghuni asrama setiap 2 minggu & sebulan.
Jadi, harap aku tak terlambat bagi tips.
Bye :)

Photobucket


Sho Reen

Author

21 years old. A software engineering student at National University of Malaysia. A former student in Foundation of Science at UiTM Puncak Alam.

2 comments:

abgDude a.k.a kai said...

amboi mcm byk pglman jek mcm tu.

Sho Reen said...

@kai well, setahun duduk asrama la katekan :)