Hukum Memberi Dan Menjawab Salam Kepada Lain Jantina, Orang Kafir dan Orang Fasik

by 6:21:00 PM 2 comments
ni aku nak share2 sikit ape yg aku dah belajar kt kelas..
ada rupenya yg belum aku tau pasal hukum salam ni..
menjawab salam ialah wajib manakala memberi salam adalah sunat muaakad..
tetapi ada dlm beberapa keadaan, hukum ini berubah..
aku tak mahu ketengahkan pasal cara memberi dan menjawab salam..
semua pon dah sedia maklum..
tp mungkin ad yg masih tak tahu pasal hukum memberi dan menjawab salam ni secara teliti..
ada yg mungkin kurang jelas..
ni aku nk jelas an sikit...

Salam kepada Lain Jantina

  • Salam seorang lelaki kepada seorang perempuan atau sebaliknya yang tidak mempunyai hubungan mahram adalah tidak disunatkan kecuali dalam keadaan yang aman daripada fitnah. Harus memberi dan menjawab salam perempuan untuk tujuan pendidikan seperti salam pelajar kepada gurunya.

  • Kalau seorang lelaki bagi salam kepada gadis remaja maka tidak harus dia menjawabnya.

  • Jika seorang gadis memberi salam kepada seorang lelaki maka makruh lelaki tersebut menjawab salamnya.
 Salam kepada Orang Kafir
  1.  Memberi Salam
  • Menurut pendapat yang terkuat dan jumhur fuqaha' Syafie menyatakan bahawa tidak harus
          memberi salam kepada orang kafir.

  • Al-Mawardi dalam kitabnya "Al-Hawi" menyebut dua pendapat:
         ~ Tidak harus memberi salam kepada orang kafir harus memberi salam dengan menyebut       
             "Assalamualaika" bukan "Assalamualaikum".

  • Pendapat kedua ditentang oleh Al-Nawawi dan dianggap pendapat yang ganjil.
    2.  Memjawab Salam

  • Menurut jumhur, hendaklah menjawab dengan lafaz "Waalaikum"

  • Al-Mawardi berpendapat bahawa harus menjawab dengan lafaz "Waalaikumusalam" tanpa menyebut "Warahmatullahiwabarakatuh"
   

 Salam Kepada Orang Yang Fasik (Orang Yang Berpura-pura)

  • Ibnu Umar dan Bukhari : Hukumnya tidak sunat,malah sunat untuk kita tidak memberikan salam kepada golongan tersebut.
  • Sunat memberi salam kepada golongan tersebut kerana mereka tergolong daripada orang-orang Islam.
 Sumber Rujukan : Buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah Ting. 4
jika ada salah sila tegur..

Sho Reen

Author

21 years old. A software engineering student at National University of Malaysia. A former student in Foundation of Science at UiTM Puncak Alam.

2 comments:

akhmaq dzalil said...

Salam. Rasanya, ada typo pada perenggan pertama. Jawab salam tu bukan wajib ke, dan beri salam tu yg sunat muakkad :)

Hana Dania said...

@akhmaq dzalil wslm.. ohh.. thanks tegur.. x perasan typo..