Hidup Pelajar Lepasan SPM

by 1:49:00 AM 0 comments
Assalamualaikum.
Hye.




Di sini aku sebagai seorang pelajar lepasan SPM sangat gembira nak bercerita tentang pengalaman aku. (Tu pun kalau ada orang nak baca).
Sebenarnya, apa yang aku buat lepas SPM ni cuma duduk rumah saja.
Yeah, inilah cuti. Kate cuti, cuti lah.
Mengganti segala hari rehat aku dua tahun lepas dan mungkin aku menggantikan sekali hari rehat aku yang akan datang.

Oh, even aku rasa bosan, tapi aku manfaatkan giler2 lah cuti ni. (Kecuali kelas memandu)
Masakan kawan-kawan yang lain sibuk bekerja, aku hanya duduk di rumah.

Sebelum habis SPM, aku bersama seorang kawan aku sibuk berbincang tentang kerja lepas SPM.
Namun, aku dan dia dua-dua jadi ahli geng tak keluar rumah.
Kawan kami hanyalah internet, TV, kerja rumah.

Duduk rumah pun jangan fikir aku tak buat apa-apa!!

Aku masih melakukan sesuatu berguna untuk diri aku.
Contohnya :


  1. Baca buku. 

 Yes, this book. Around the World in Eighty Days by Jules Verne
Aku dah habis baca buku ni. Sangat best dan vocab die boleh tahan jugak. Sesuailah untuk aku yang sedang dalam proses mengukuhkan English aku & I love British accent. 

Dan aku ada beli jugak buku Dracula by Bram Stoker. Masih dalam proses untuk menghabiskan bacaan. 
Hasil daripada pembacaan aku ni, vocabulary aku semakin meluas. :)

p/s : Lepas ni aku bercadang nak beli Hunger Games, Siri Harry Potter dalam English dan macam-macam buku adventurous, horror & thrill yang aku berkenan. 


      2.  Mohon sambung belajar.

Dah kerja aku mengadap internet tiap-tiap hari, maka aku ambil peluang ini untuk mohon sambung belajar.

Apa yang aku mohon ialah biasiswa, universiti, kolej, UPU.

Setakat ni 19/4/2013 , aku masih tak dapat panggilan biasiswa mana-mana. Dah memang tak akan dapat mungkin. Semua tak suit dengan gred yang aku dapat dalam SPM aku. Yang ada pun sipi-sipi. Punahlah harapan aku nak sambung belajar kat Korea. 

Tapi tak apa mungkin ada hikmatnya (setakat menangis tak dapat tu ade lah jugak tapi aku tak terlalu megharap sangat sebab aku tahu sukar nak dapat), setakat ni aku hanya dapat dua tawaran sambung belajar (selain berlambak-lambak surat IPTS yang datang rumah aku).

  • Kolej Poly-tech Mara (Diploma in Computer Science, KPTM Cheras, KL)

  • Kolej Professional Mara (Foundation & Higher National Diploma [FHND] in Computing [Software Development], KPM Beranang) 
Aku masih lagi menunggu result UPU yang akan keluar pada 7 May (mengikut apa yang diwar-warkan dalam Twitterjaya ) , Matrikulasi pada 25 April & UniKL pada 26 April.

Tapi hati aku kuat untuk meneruskan pembelajaran aku dalam FHND in Computing. Berdasarkan kajian aku, Mara menawarkan pembiayaan penuh kepada pelajar KPM serta diberi elaun dan aku pun minat dalam Computing ni. HND ni pula tak silap aku lerrrr, setaraf dengan 2nd year degree. Dan, jika sambung degree di UK, lepasan HND cuma belajar degree hanya 9 bulan. Wah, peluang cerah di situ. Heeee. 

Tapi aku masih menunggu UPU & Matrik. Dan mahu istikharah juga. :)


      3. Belajar Visual Studio.

Yeah, ape tu Visual Studio? Ini ialah software yang membolehkan kita belajar programming. 
Aku baru download Ms Visual Studio 2010 Express. 
Maybe aku hanya beginner, maka aku hanya berani download yang ini.

Memandangkan instinct aku kuat nak belajar Computing, maka aku nak berjinak-jinak dahulu dengan programming ni.
Dua tahun sebelum ni aku hanya belajar coding di sini , ye, di Blogger. Tapi tak secara langsung lah.
So, kenapa aku tak proceed kepada pembelajaran yang formal (di IPT). 
Dan aku ni jenis suka discover sendiri sebab curiosity ty membuak-buak. LOL


    4. Berkreativiti bersama Abode Illustrator & Abode Photoshop.

Aku sangat selesa Guna Ps CS3 dan tak mahu tukar CS5 (a bit complicated to me) dan aku sedang guna Ai CS5.  
Yup, kreativi tanpa batasan. Hehe.

Kalau nak tengok apa hasil Ps & Ai yang aku buat, tengoklah kat header atas ni dan kalau boleh nampak tengok kat tabs atas ni. My artwork. 

    5. Aktiviti memasak.

Sebelum ni, aku seorang yang tak berapa reti nak memasak. Memasak hanya reti goreng-menggoreng.
Ohhh, sedih. 
Tapi sejak habis sekolah, aku luangkan masa bersama Asian Food Channel (AFC - Ch 703) & myresepi untuk membuat masakan baru sewaktu mak aku dalam pantang ( I got a new sister).

Setakat ni dah macam-macam resepi aku buat bukan menu yang selalu mak aku masak antaranya :

Squid & Egg Sweet Sour (Main campur) ,Telur dalam Sos Lada Hitam, Portuguese Pepper Curry.

Mak aku suka masak masakan tempatan takat2 sambal, masak lemak, gulai, teror la mak aku. Tapi sebagai anak sulung perempuan, aku nak cuba masak western (mak aku tak reti buat western) dan cuba untuk guna oven yang x pernah pakai-pakai. 

Aku jugak berani untuk cuba buat resepi sendiri.
Sos lada hitam yang simple dan mudah - tak perlu sos tiram, sos cili, sos tomato yang macam resepi lain yang aku carik kat google. Nanti aku akan update resepi sendiri ni. Hehe

You know, i love cooking. 
Hobi memasak ni pun didorong oleh nafsu sukakan makanan aku yang semakin meningkat sejak aku 18 tahun ni. Proses menjadi remaja wanita dewasa kot. Hehe



THE END
Yeah, itulah dia entri panjang aku setakat ini.
Entri 2013 aku yang pertama pada bulan April.
Wahhh.
Dek kemalasan melanda, maka aku tangguhkan hingga ke hari ni.

Jangan pening ketika membaca.
Kalau pening, tengok gambar bawah ni.
Mungkin pening tu hilang dek kecomelan figura dalam gambar ni.

My new sister, she was born on Dec 26th 2012. :) Dia membesar dengan sihat. Eryna
This is me and my lovely sister, the day that she was born at Hospital Besar Melaka. 


        

Eldania Shukor

Author

21 years old. A software engineering student at National University of Malaysia. A former student in Foundation of Science at UiTM Puncak Alam.

0 comments: