Medic untuk aku ?

by 1:20:00 PM 0 comments
Assalamualaikum

Hye, hari ni aku nak sambung update lagi. Boring giler kot cuti ni tak ade buat ape. 

Aku malas nak merapu lebih-lebih, so aku nak huraikan tajuk kat atas ni. Cewah kau macam buat karangan. 

Medic untuk aku ? 
Ye aku sangat tertanya-tanya.
Sebab aku sekaranh tercari-cari bidang untuk aku ceburi degree nanti. 

Masa aku kat sekolah dulu, bidang medic ni memang paling aku tak suka dan tak terlintas langsung nak jadi. Sama juga macam bidang engineering. 
Aku anggap bidang ni terlalu mainstream, semua orang nak, macam tak ade bidang lain. 
Berebut-rebut orang nak jadi ape sangat lah best bidang ni. 
Pengaruh kawan ke ? Gaji tinggi ke ? Nak fame ke ?
(Aku emosi ea, hahah) 

Tapi bila aku dah grow up ni, 
aku mula accept bidang engineering ni, maybe sebab fame kot. 
Aku mula bercita-cita nak jadi kejuruteraan kimia sebab berkaitan dengan kimia kononnya. 
Btw, aku ialah orang Biologi, aku sangat low dalam Mathematics & Physics.
Mampu ke aku buat engineering ni ? 

Untuk SPM 2012, aku dapat keputusan 9A2B. 
Yang B tu Add Math & Physics. 
Aku try lah apply JPA, kejuruteraan Korea, konon nak buat engineering kat Korea lah.
Mase tu aku fanatik sikit dengan K-Pop ni, nak sangat lah pergi Korea,
dah apply JPA aku tak tengok lagi ea MARA. 
Uniten aku apply, Petronas aku dah tolak awal2 sebab die nak A+ je. 
Keluar result JPA untuk interview, aku TAK BERJAYA. 

Ok fine, dengan requirement scholarship tu tak cukup. Memang tak dapatlah.
Mase tu aku dah down gile, mula lah nak regret pehal tak apply MARA. 

Untuk UPU pulak, 
Pilihan pertama aku Asasi Kejuruteraan UiTM, Pilihan kedua aku Asasi Sains UiTM.
Mase ni aku nak sangat Asasi Kejuruteraan tu. 
Keluar2 result UPU, ok aku down sikit sebab dapat Asasi Sains UiTM. 
Sedih gileeeeeeee, dah lah JPA tak dapat, Asasi pun tak dapat.
Pada masa yang sama, aku dapat Matrikulasi Banting, Selangor. Sains.
Aku dengar citer Matrik leh tukar Modul.
So aku decide nak masuk Matrik dan kalau aku tak dapat Modul 2, aku nak tukar ke Modul 2 (core Physics la). Konon nak jadi engineer.

Then, bila ada orang nasihatkan aku masuk Asasi Sains UiTM, aku pun masuk lah.
Bile pikir balik rugi kot tak masuk Asasi, orang lain nak aku pulak tolak.
Then, aku masuk lah dan berharap nak score bebetul kat Physics, Chemistry, Math. 
Mase tu Biology aku tak nampak dah. 

Sejak aku masuk Asasi Sains ni, aku mula dok pikir, betul ke aku nak amik engineering ? 
And the same time, aku pikir jugak pasal medic. Kali ni tak de bende pengaruh aku.
Aku macam terbuka hati untuk terima Medic yang sebelum ni aku caci maki. (Macam nak terima pakwe lak ea).
Lagi pun aku excellent dalam Biology.
Based on result Sem 1, Biology aku dapat A. Math aku A-. Chem & Physics B.
Dan cuti ni, aku mula dok survey pasal medic yang IPTS.
Pasal nak buat medic kat IPTA macam dah tak de harapan je pasal result kene 4flat an.
So, aku mula accept medic ni.
Tak aku masih dalam tak berape nak sure. 
Tunggu lah Sem 2 nanti camne.
Btw, lagi 2 minggu je cuti aku. 

Aku harap lah, aku buat keputusan dengan bijak ye. 
Dan mengharapkan Sem 2 ni lebih baik. :D 

Eldania Shukor

Author

21 years old. A software engineering student at National University of Malaysia. A former student in Foundation of Science at UiTM Puncak Alam.

0 comments: