Tips Jimat Mahasiswa (PTPTN version only)

by 8:50:00 PM 1 comments
Assalamualaikum dan Salam Ramadan uolls :D


Hai korang, dah hujung-hujung Ramadan ni weh. Macam mana puasa korang cukup tak? kekekeke
Baiklah itu jawab sendiri ye. Mari terus proceed kepada tajuk.


Untuk mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang guna pinjaman PTPTN ni, mesti setiap sem ada shortage kan bila dah hujung-hujung. Asyik makan Maggi je nak jimat. Kesian korang. Tak pe lah aku nak kongsi tips jimat yang boleh korang ikut atau korang ubah ikut kesesuaian korang.

Disclaimer : AMARAN! Ini tips yang aku amalkan ye, mungkin berbeza dengan korang. Untuk pengetahuan korang, aku belajar di UKM, berbekalkan duit belanja yang 100% daripada PTPTN (tanpa minta parents). Aku dapat pinjaman penuh which is I got RM3500 (kot) per semester. Aku tidak berkenderaan, tidak melanggan perkhidmatan internet, cuma reload prepaid sahaja untuk phone.

Tips ini aku explain dengan berharap konsep penjimatan berganda aku ini dapat digarap untuk perbelanjaan korang yang mungkin berbeza dengan aku. Sebarang kerugian aku tak tanggung. Heeee...

Jadi, meh aku terangkan macam mana aku berjimat.



 #1 - Anggarkan belanja sebulan anda. Contoh RM300 (mungkin lebih untuk yg berkenderaan)

 #2 - Withdraw sekali gus belanja sebulan simpan dalam locker anda. Resit bank simpan & rekod dalam buku (Kalau rajin). - Ini elakkan anda kerap keluarkan duit dari ATM machine yang akan mencaras RM0.50 (Bank Islam) anda setiap kali anda pilih untuk keluarkan resit transaksi. Dan untuk elakkan sifat perasan anda rasa-duit-banyak-lagi-tapi-sebenarnya-dah-nak-habis.


Yes, ini buku rekod belanja aku. Siap stepler lagi resit ATM hahahahahahh.... Organize nye aku.


 #3 - Duit yang berbaki dalam bank tu siap-siap allocate kan untuk bayar yuran pengajian/kolej. Bayar ASAP. Jangan tangguh-tangguh sampai kau miskin hujung bulan. Kalau tak padan muka tak dapat jawab exam.

 #4 - Divide duit belanja sebulan yang dah kat tangan tadi tu kepada 4 kategori (mungkin lebih) :

Makan = RM180 (6 ringgit sehari x 30 hari) - aku makan sikit je hehehe
Topup = RM30 sebulan
Minyak kereta/motor = RM?? sebulan - ikut korang
Others = Baki selebihnya - buat berjimba, shopping baju, bayar yuran kelab, beli buku, beli tiket bas etc.
 #5 - Limitkan sehari belanja makan berapa ringgit. - Macam kiraan aku tapi, sebab perut aku kecik dan tak makan banyak, aku belanja RM6 sehari (RM3 lunch & dinner). Tapi ada je aku makan lebih limit tapi aku akan tak makan lunch (or puasa) pada hari lain. Pandai-pandai lah nak hidup nak. 

 #6 - Buat finance planning sebelum nak keluar berjimba. Tak de terlebih belanja. Contoh :

Kereta sewa & Minyak = RM50
Makan = RM50 - okey nak makan sedap sikit 
Shopping shawl = RM20 
Wayang = RM15
 Total = RM135 (tak boleh lebih!!) - my discipline!
Ini division belanjan aku dalam sebulan. Ade buat kira-kira sikit sebelum divide heeee... 


 #7 - Biar awal semester jimat sikit, dah akhir semester boleh lah treat diri sendiri after final exam etc.

Ye wahai kawan-kawan, ni jenis aku. Aku akan menahan nafsu daripada keluar di awal bulan supaya aku boleh treat diri aku hujung-hujung bulan (mostly lepas final exam) dengan sekali keluar aku habis RM200. Hahahaha. Tapi ikut korang lah. 
 #8 - Kembali kpd tujuan asal duit-duit anda. Kalau anda bekerja semasa cuti sem, utamakan duit anda nak berjalan-jalan tu dengan duit gaji anda. Dan utamakan duit pinjaman pelajaran untuk keperluan pengajian anda. - Boleh beza sendiri kot. Since aku state "utamakan" , tak semestinya tak guna langsung. Contoh kalau aku tak kerja part-time, nak berjimba jugak, pakai je lah duit yang ada. Tapi berpada-pada lah, kita peminjam je bukan terima gaji. Portion keperluan pengajian dengan keperluan berjimba be like 3:1 atau 2:1. 

 #9 - Berusaha untuk tak mintak duit kat parents. - Alhamdulilah, setekat 4 sem berada di UKM, tak pernah mintak ayah duit belanja untuk keperluan pengajian. Biar aku meminjam asal tak susahkan ayah (ayah je yang pencari rezeki dalam keluarga aku). Tapi kalau dah terdesak nak buat camna kan. Sekali-sekala, duit yang kita ada tu rajin-rajinlah belanja family makan KFC family bucket ke. Bersedekah kat family dulu :D

 #10 - Bersedekah. Ini aku pun kadang-kadang lupa nak buat. Aduh. Tak dinafikan hikmah disebalik sedekah ni kan kawan.

 #11 - Working as part-timer. Ni optional ye. Mak aku galakkan aku untuk cari kerja part-time cuti-cuti sem. So, boleh topup duit PTPTN yang aku ada. Ada je classmates yang rajin bekerja semasa belajar sebab UKM ni banyak offer part-time untuk students.


Akhir kata, aku nak tegaskan sekali lagi. Semua tips ini akan menjadi kalau DISIPLIN ye. Dari zaman mahasiswa lagi boleh latih diri jimat berbelanja, tak de lah zaman fresh graduate nanti orang label boros hahahaha (Ok tu lain citer hehehe).

TESTIMONI : Setelah melakukan tips diatas ini, aku akan ada lebih atau sama dengan RM1500 dalam akaun bank selepas tamat satu-satu semester. Then, tak de lah nak segan-segan nak mintak duit kat mak ayah bila nak keluar cuti-cuti sem sebab ada duit sendiri hehehehehe.....


Thanks for reading. Salam Ramadan.

Cute icon  from here.




Eldania Shukor

Author

21 years old. A software engineering student at National University of Malaysia. A former student in Foundation of Science at UiTM Puncak Alam.

1 comments:

Unknown said...

bgus tip2 adik nie sngat berguna